SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Dua mula ditubuhkan  pada tahun 1940-an. Sekolah ini didirikan di atas sebidang tanah yang kecil dan mengandungi hanya sebuah bangunan papan yang menempatkan lima buah bilik darjah dan sebuah darjah peralihan. Murid-muridnya terdiri daripada penduduk di beberapa buah kampung yang berhampiran.  
            Dalam tahun 1960-an Dr. Said selaku Menteri Besar Negeri Sembilan pada masa itu telah datang untuk merasmikan sebuah balai raya di kampung ini. Kesempatan itu telah digunakan oleh penduduk kampung ini untuk mendesak kerajaan mendirikan bangunan lain yang lebih sesuai bagi menggantikan bangunan lama yang telah usang yang tidak sesuai lagi digunakan dengan keperluan dan pertambahan bilangan murid- murid pada masa itu.
Permohonan ini telah dipersetujui oleh kerajaan dan telah meluluskan sebidang tanah seluas 4 ekar yang kedudukannya tidak jauh dari bangunan asal untuk dijadikan tapak sekolah baru. Pada tahun 1962, sekolah ini baru siap dan mula digunakan dengan panggilan nama Sekolah Kebangsaan Sungai Dua (SKSD). Pernah satu ketika dahulu, sekolah ini hendak ditutup kerana kemerosotan bilangan pelajar, tetapi dipertahankan oleh penduduk-penduduk kampung di sini kerana kesukaran murid-murid ke sekolah lain yang jauhnya antara 10 km hingga 20 km dari rumah masing-masing. Tambahan pula pada ketika itu keperluan dan kemudahan infrastruktur kampung ini belum sempurna seperti tiada jalan raya dan pengangkutan awam . Setelah dikaji semula kerajaan bersetuju supaya dikekalkan memandangkan pelajar-pelajarnya yang berpotensi dan menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum.
Sehingga kini ramai di antara bekas pelajar sekolah ini yang telah berjaya menjawat pelbagai jawatan penting seperti guru, guru besar, pegawai-pegawai kanan kerajaan , orang kenamaan , tokoh- tokoh koporat dan sebagainya.


TEXT 1

No comments:

Post a Comment